Thursday, February 10, 2011

tinta seorang Profesor

0 comments

Khalayak Masjid Bukit Siput mungkin sudah dapat meneka kenapa saya memilih tajuk, “Bagaimana mahu bersabar?” sebagai topik kuliah bulan ini. Ia sangat relevan dengan situasi yang sedang mereka tanggung. Dikhabarkan hampir 1000 penduduk Bukit Siput yang terlibat dengan banjir besar yang melanda Segamat.

Bagaimana mahu bersabar? Pertama, marilah kita menyelesaikan isu pokok terlebih dahulu iaitu, kenapa kita diciptakan oleh Allah SWT? Jawapannya sangat jelas melalui ayat 56 surah Adh-Dhariyat, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.

Jika kita bersetuju dan patuh dengan ayat ini maka selebihnya menjadi lebih mudah. Keseluruhan elemen kehidupan di dunia ini merupakan ujian Allah dalam proses untuk melaksanakan menyembah dan beribadat yang dituntut olehNya. Saya tunjukkan diagram ini kepada khalayak,

Kehidupan sebagai satu ujian

Saya kemukakan 6 elemen kehidupan sebagai contoh dengan mengemukakan dalil-dalil betapa ia merupakan ujian Allah kepada manusia tidak kiralah elemen tersebut berunsur kedukaan atau pun keriangan. Misalnya, saya memetik surah al-Anfal ayat 28 yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar”

Dalam satu hadis dilaporkan oleh Anas r.a yang Rasulullah pernah berkata,

“Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”.

Malah dalam konteks mereka yang berilmu, ujian paling besar ialah kerana tidak mengamalkan ilmu tersebut. Begitu jugalah dengan mereka yang berkuasa, ujiannya cukup besar di atas pangkat dan kuasa yang telah diberikan, misalnya keperluan berlaku adil dan saksama kepada mereka yang dipimpin.

Jika kesemua elemen kehidupan ini merupakan ujian, maka mereka yang lulus ujian akan terarah ke arah tujuan manusia diciptakan. Jika gagal, jadilah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.

Kesemua kenyataan-kenyataan ini disertakan dengan dalil-dalil yang telah dinyatakan secara jelas oleh Allah SWT.

Namun manusia juga merupakan insan yang lemah. Mereka biasanya bersifat lalai, tamak, sombong, takbur, riyak dan angkuh kepada diri sendiri, manusia yang lain hatta kepada Dia yang Menciptakan manusia.

Pada sudut yang berbeza, manusia juga diberi kaedah untuk menangani ujian-ujian supaya tetap teguh kepada tujuan asal manusia dicipta seperti sifat ikhlas, syukur dan sabar.

Dan manusia juga diberi ruang atau elemen paling istimewa oleh Allah SWT untuk bertaubat bagi membetulkan keadaan supaya kembali ke landasan yang betul. Akhirnya, saya menunjukkan diagram ini kepada khalayak bagi membuat rumusan terhadap apa yang telah saya ucapkan.

Deraf elemen sabar dalam Konsep Kehidupan. Nota: Syukur bukan Shukur

Dalam waktu yang terbatas saya cuba menerangkan konsep-konsep ini secara ringkas tetapi – mudah-mudahan – dapat diterima oleh khalayak pendengar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Lalu saya bertanya kembali; kenapa kita diciptakan?, bagaimana pandangan kita terhadap elemen-elemen kehidupan? dan adakah anda bersetuju dengan saya?

Jika bersetuju, marilah kita melihat kepada fokus kuliah pada hari ini iaitu, “bagaimanana mahu bersabar?” apabila berhadapan ujian Allah, tidak kira ia bersifat keriangan atau pun kedukaan. Marilah kita membaca surah Al-Ankaboot ayat 2-3 bermaksud,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta

Ya Allah, rupanya ujian-ujian ini Allah mahu memilih di antara orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan orang yang berdusta! Lalu amati pula pesanan Allah SWT melalui ayat 45 surah al-Baqarah,

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

Akhirnya, jika kita ditimpa bencana dan memahami itu adalah ujian Allah, maka cara melaksanakan “kesabaran” kita adalah dengan menghampirinya dengan lebih hampir lagi. Jika kita yang sering solat berjemaah, jangan pula ditinggalkan masjid kerana sakit belakang mencuci rumah yang diselaputi lumpur.

Jika kita di tempatkan di pusat pemindahan banjir yang bersebelahan dengan masjid, jangan pula ditutup telinga apabila azan dibunyikan. Jika benar-benar sabar, bangunlah di malam hari dengan bertahajud, bermunajat dan menyatakan kesyukuran kepadaNya yang kita masih lagi berpeluang untuk bertaubat di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Jika kita terlantar di hospital, masih boleh bercakap, bergerak dan mampu berfikir maka bukti dan laksanakan kesabaran dengan sentiasa mengingatiNya. Bukankah Allah memberi keringanan dan kemudahan untuk mereka yang ditimpa bencana? Namun ia tidak sekali-kali membenarkan kita “melupai”Nya.

Berpesanlah dengan orang yang ditimpa ujian, “Prof, bersabarlah… ingat Allah. Mohonlah keampunannya, perbanyakkan solat malam. InsyaAllah, Dia sentiasa hampir dengan orang yang sentiasa mengingatiNya” atau nyatakan secara jelas, “Abah…. bersabarlah… jangan lupa solat, berzikir, ingat Allah sentiasa. Itulah yang membezakan orang yang bersabar di sisi Allah”.

“Ya Allah aku mohon keampunanMu kerana menyampaikan sesuatu yang aku sendiri terlalu fakir dan lemah. Aku mohon keampunanMu ya Allah jika apa yang aku sampaikan ini tidak pula aku amalkan. Aku mohon maaf di atas kelalaianku”.

Saya akhiri kuliah malam tadi dengan rasa yang pelbagai. Mudah-mudahan ia menjadi ilmu yang bermanfaat.

Read more >>

Friday, February 4, 2011

Kenapa Lelaki Patut Segera Meminang Seorang Guru?

0 comments


Salam semua.
Oh, ini adalah penulisan bergandingan dengan seorang teman yang pendiam.
Dia menulis tentang - "Kenapa Wanita Patut Menyesal Jika Menolak Lamaran Seorang Jurutera" (Ya, anda bakal jurutera, terima kasih)

Sebelum kamu semua baca dengan lebih lanjut, suka untuk aku mengingatkan ini adalah penulisan santai. Bukan tidak biasa kena maki dengan pembaca, tapi habiskan baca baru maki aku boleh? Terima kasih sekali lagi sambil tunduk-tunduk kepala macam orang Jepun (jeling-jeling bakal jurutera tu)

[Gambar : Kenapa lelaki patut segera meminang seorang guru ya? Lebih-lebih lagi kalau lelaki itu jurutera. Eh? Ketawa sambil pusing-pusing anak mata]

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

http://www.qualityprimaryresources.co.uk/WebRoot/StoreLGB/Shops/62030978/470A/6663/E667/BC16/BA85/7F00/0001/A3F7/DAILY_0020_TIMETABLE.jpg
[Gambar : Lebih kurang begini jadual cikgu]

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

[Gambar : Sayang, awak duduk rumah, buatlah apa yang patut. Semuanya saya dah sediakan, tengok tepi dinding, atas meja solek, depan peti ais dan sebagainya. Ketawa]

Boleh diulang tanpa jemu dan membuat penambahbaikan jika perlu.
(Gila skema ayat macam buku pengurusan sekolah)

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. (Ini ambil fakta sana)
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asal pensel dan pisau di tepi)

http://farm3.static.flickr.com/2766/4327124010_33737c608b.jpg
[Gambar : Gembira sampai begini pun boleh. Tiada masalah]

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

http://farm2.static.flickr.com/1052/553711949_1aadfae1d5.jpg
[Gambar : Apa kau ingat ada mabuk-mabuk? Makan benda ini sudah.]

Buat video sambil terkinja-kinja dikira berpeleseran ke?
Entah.

4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

[Gambar : Jangan risau. Kamu mungkin tidak akan jumpa isteri kamu dalam keadaan ini sewaktu balik kerja. Sebab apa? Sebab ramai orang guna telefon genggam sekarang. Ketawa]

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

http://farm4.static.flickr.com/3380/3217893641_3849796b72.jpg
[Gambar : Kalau nak ajak bercuti ke tempat yang bersalji, cuti hujung tahun adalah masa yang menarik. Ketawa]

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

http://farm3.static.flickr.com/2601/3681348169_7cc40d9d7c.jpg
[Gambar : Tidaklah sampai begini kalau setakat nak pergi mengajar setiap hari. Senyum.]

Tapi, kalau lelaki yang disukai memuji?
Ah, itu kena tengok tuan punya diri sendiri.
Ketawa geli hati.

Oh, aku tulis enam sahaja sebagai jawapan kepada projek kolaborasi aku bersama kawan yang baik itu. Lama juga sudah disimpan benda ini dan akhirnya dapat juga membuat penambahbaikan demi menulis dengan suka-suka begini.

Dan ya, ini bukan penulisan untuk menjual diri atau mengiklankan peribadi.
Ini tulisan santai sekadar suka-suka untuk melepaskan tekanan, sebagai satu bentuk terapi.
Oh, siapa yang tidak puas hati, anda dibenarkan untuk memaki.

Nota Kaki :
Akhirnya berjaya juga menulis untuk suatu perkongsian bersama. Kawan, sampai hati betul tidak beritahu yang kamu sudah menyiarkan penulisan kamu itu ya? Sebagai denda, sila berikan ulasan anda kepada penulisan ini. Ketawa.

Zara : Perhatian kepada pencari-pencari jodoh di luar sana, ini bukan suatu garis panduan yang tepat dan jitu. Ini sekadar pandangan peribadi yang suka-suka sahaja. Oh, kalau bakal ibu mertua membaca (eh, sudah ada ke?), saya cuma insan biasa yang suka ketawa gembira. Tidak pasal-pasal pula. Sila abaikan dua baris ayat sebelum ini.
Read more >>

mereka saudara kita, apa tugas kalian..

0 comments

Lari lintang-pukang diserbu khalwat

DUA gadis yang ditahan bersama dua lelaki disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kampung Lak Lok di Besut kelmarin.

BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun.
Read more >>

mulakan penghidupan baharu

0 comments

Alhamdulillah, diri ini kembali lega setelah hampir tersungkur di pintu syurga..hehhe..Kini, saya ingin berubah..pesan seorang guru saya, min, kalau kamu nak jadi orang yang luar biasa, kamu kena wat tindakan yang luar biasa..tp apapun, sentiasamulakan kehidupan kita dnegan senyuman..walaupun saya ne x ensem bila senyum, namun tetap dapat pahala..betul x kawan2, hehe..

bercerita tentang cita-cita, berserabut dalam pikiran saya ne kerjaya apa yg sesuai selain guru(pastikan sah jawatan dahulu)..berminat juga menjadi setiausaha sulit atau setiausaha politik untuk orang politik, namun setelah mendengar pengalaman seorang teman (bekas SUSK kepada seorang menteri), risau pulak jadinya..hehe..erm, tanam pulalah untuk menjadi seorang pensyarah (macam abah) ..hehhe..apapun, muhaimin, walaupun kamu bocah kampung, namun kamu harus buktikan kepada masyarakat dan negara, bahawa kamu boleh berjaya!!! (nada jer semangat)hehe

perpun, salam 1 Malaysia..
Read more >>

Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan

0 comments






Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera/Harakahdaily
Read more >>

Jaringan Perbankan

 

Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Touch up by Mohd Syahiran