Saturday, February 6, 2010

TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN

0 comments
TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Pengenalan


Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.


Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.


Teknik Belajar 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]



1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.


Teknik Belajar PV3R

1. Preview (tinjauan awal)
2. Question (soal diri)
3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
5. Review (tinjauan akhir)
6. Sumarize (ringkaskan)
7. Test your self (uji diri anda)
8. Use (gunakan)
9. Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak

1. Positive mental attitude & positive physical action.
2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan

1. Faham.
2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
4. Percaya pada diri sendiri.
5. Ulang berkali-kali.
6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).



AMALKAN SEMOGA BERJAYA
Read more >>

kembara dakwah di sabak bernam

0 comments
Alhamdulillah, kami dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu di Sungai Besar , Tanjung Karang dan Sabak Bernam..rombongan bermula ketika seusai solat Asar berjemaah..Selepas itu kami dibawa ke Sg Besar oleh Cikgu Baha(daie).Dalam pertengahan jalan, kami singgah di restoren sate di Tanjung Karang..begitu sedap menikmati sate sehingga tidak berdaya menghabiskan kesemuanya..Dalam rombongan ini, antara aktiviti yang dijalankan adalah melakukan ziarah di rumah pekerja ladang Sabak Bernam, Sekolah Dr Abdul Latif, melawat kilang kerepek, muzium Sabak , serta berpeluang mengikiti Forum Subuh dan Kuliah Maghrib di sana..Jarang pada waktu Subuh diadakan forum, kebiasaannya hanyalah kuliah pengajian biasa, namun tidak di sni!!Hafiz, ana, Haswad serta Farhan adalah yang menjadi peserta pada kali ini..Sekalung penghargaan buat Cikgu Baha dan keluarga , Kirin Dan Anas yang banyak membantu..Salam mahabbah buat semua..minggu depan bermulalah kepadatan program ana iaitu di Impiana Rimba Resort..
Read more >>

program di impian rimba resort

0 comments
Alhamdullah, ana selamat tiba untuk program di Impian Rimba Resort.Temapat yang nyaman dan damai ini menghasilkan suasana yang syahdu untuk diriku menghilangkan rasa letih dan penat ketika berada di institut..Minggu hadapan, diriku akan pulang ke kampung.Namun, diriku masih banyak lagi tugasan baik tugasan untuk tuisyen di Kelana Jaya dan tugas sambilan sebagai pembantu penyelidik..Diharapka kalian mendoakan diri yang fakir ini..
Read more >>

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

0 comments
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Read more >>

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?

0 comments
horizontal rule


"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai."

"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"

"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"

"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."

"Apa itu stra..."

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.
KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.
PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum


Rujukan

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Read more >>

Friday, February 5, 2010

0 comments
Uwais Al-Qarni..seorang pemuda berasal dari Yaman..dari apa yang diceritakan,,saya menggambarkan beliau merupakan seorang lelaki yang sangat kacak..bermata biru,, kulitnya kemerah-merahan,,berperwatakan tampan dan sangat tawadhuk..beliau memeluk Islam setelah seruan Islam sampai ke negeri Yaman..beliau yatim dan fakir..tak punya sanak saudara..yang tinggal hanya ibunya yang sudah tua dan sakit..dengan penglihatan nya yang sudah agak kabur, tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga si ibu melainkan anak lelaki tunggal kesayangan nya itu..Uwais seorang lelaki yang sangat bersederhana..beliau hanya mempunyai 2 helai baju yang sudah lusuh..tiada siapa yang mengenali beliau...dek kefakiran dan kemiskinannya.. bekerja sebagai pengembala kambing untuk menyara hidupnya buat beliau lebih tidak dikenali sesiapa pun.. namun, kesibukan beliau bekerja dan menjaga ibunya tidak sedikit pun mempengaruhi ibadahnya..beliau gigih berpuasa di siang hari dan tidak pernah ketinggalan bermunajat di siang hari..Allah,,SubhanaLLah...

di tanah halamannya itu, beliau sering termenung..bersedih melihat satu persatu jiran tetangganya yang memeluk islam pergi ke Madinah mendengarkan ajaran nabi Muhammad secara langsung..bila pulang,,mereka bercerita tentang kehebatan Muhammad kepada Uwais Al-Qarni..terbit rindu dan keinginan untuk bertemu muka dengan kekasih agung itu..namun beliau sedar bahawa beliau tidak mampu..memikirkan ibu yang menjadi tanggungjawabnya sambil memikirkan kekurangan perbelanjaan untuk ke madinah..beliau sangat rindu dan cinta akan Rasulullah meski tidak pernah bersua muka..pernah satu ketika,beliau mendengarkan khabar bahawa igi baginda Rasulullah patah kerana dilempari dengan batu oleh musuh-musuhnya..dek kerana kecintaan dan kerinduan yang menebal, Uwais lantas memukul giginya dengan batu sehingga patah.. SubhanaLLah,, itulah bukti kecintaan yang sangat mendalam dalam diri Uwais kepada Rasulullah..meski tidak pernah bersua muka,,jauh sekali berbicara mesra...

hajat dihati tidak dapat dibendung lagi..lalu si anak meluahkan hasrat hati kepada ibu tercinta..terharu si ibu mendengar permintaan si anak,,tidak sanggup melihat uwais berduka, si ibu membenarkan..dengan hati yang berbunga riang,Uwais
brgkt menuju ke Madinah..panas terik di siang hari dan sejuk dingin di malam hari tidak dipedulikan kerana keinginan untuk bertemu kekasih Agung..tidak sabar rasanya memandang sepuas-puasnya wajah kekasih yang selama ini dirindui..
sesampainya di madinah, Uwais terus menuju ke rumah Rasulullah dan mengentuk pintu..Aisayah menjengah memberikan jawapan yang sangat menyedihkan hatinya..Rasulullah masih belum pulang dari medan perang..uwais buntu,,tidak tahu ke mana perlu di tuju..terngiang2 suara ibu yang sedang uzur di rumah meminta beliau pulang lekas..lalu dengan hati yang sedih,,beliau meninggalkan bumi Madinah pulang ke Yaman,,membawa bersama hajat yang tidak kesampaian..

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kdtgn orang yg mencarinya itu..lantas baginda menjelaskan bahawa Uwais Al-Qarni merupakan seorang anak yang sangat taat kepada ibu bapa..Uwais bukan penghuni bumi tapi beliau adalah penghuni langit.. ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun..lalu 'Aisayah menceritakan bahawa ada seorang pemuda yang datang ingin bertemu RAsulullah tapi terpaksa pulang awal kerana memikirkan keadaan ibunya yang sedang sakit..lantas Rasulullah bersabda : “Kalau kalian inginberjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyaitanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliauSAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. danbersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya kerana dia adalah penghuni langit,,bukan penghuni bumi...

masa berlalu meninggalkan kisah itu..Rasulullah wafat dan pemerintahan Khalifah Abu Bakar sudah beralih kepada Saidina Umar Al-Khattab..pada suatu hari, Umar teringat akan sabda Rasulullah berkenaan Uwais Al-Qarni itu..beliau lantas mengajak Saindina Abu Bakar untuk mencari Uwais..bermula dari saat itu,setiap kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, mereka berdua pasti bertanya samada Uwais Al-Qarni bersama-sama dengan kabilah tersebut..sehingga kabilah-kabilah berasa hairan dan aneh apakah yang dicari daripada si fakir itu...pada satu ketika, Uwais mengikut rombongan kabilah ke Madinah..kedua-dua orang khalifah tersebut bertanya kepada ketua rombongannya amada wujudkah Uwais Al-Qarni bersama-sama kabilah tersebut..mendengarkan jawapan ketua kabilah,,mereka berasa amat gembira..ketua kabilah menunjukkan tempat di mana Uwais berada iaitu di tempat jagaan unta-unta dan barang-barang dagangan mereka di perbatasan kota..mendengar jawapan tersebut, mereka bergegas menemui Uwais dan meminta Uwais mendoakan mereka..seperti biasa, Uwais merendah diri namun selepas dipujuk oleh khalifah, Uwais bersetuju...Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sj dia menolak halus dengan berkata : “Hamba mohon spya hri ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya,biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

hari kematian uwais al-qarni, berlaku perkara yang sangat menakjubkan..tiba-tiba muncul sekumpulan manusia yang sangat ramai yang menguruskan pengebumiannya bermula dari memandikan jenazah sehingga ke liang lahad..terlalu ramai sehingga suatu ketika,,ketika jenazah hendak dibawa ke perkuburan,,sudah ramai yang menanti untuk mengusung jenazah beliau.. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,“ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mnhntrkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempatpenguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sdh terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah org yg pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pmrnthn Umar r.a.)

pemergian uwais al-qarni memberikan tanda tanya kepada seluruh penduduk Yaman..siapakah kamu wahai Uwais Al-Qarni..? bukankah kamu hanya fakir miskin yang tak punya apa? tapi sewaktu kematianmu,mengapa terlalu ramai yang hadir dan mereka tak pernah kami kenali sewaktu menguruskan pengebumianmu..?
mungkin merekalah malaikat yang diutuskan oleh Allah semata-mata untuk menguruskan jenazah dan pemakamannya...

itulah Uwais Al-Qarni..tidak terkenal di bumi namun dikenali di langit....


kata bks : masih wujudkah Uwais Al-Qarni dalam diri ...?tatkala virus wahhan yang sedang hebat melanda diri manusia hari ini..tatkala artis diagungkan,,populariti diutamakan..?tatkala manusia hanya memandang kecantikan zahir tanpa sedikit pun menilai kecantikan akhlak...
Astaghfirullah Al-Azhim..ampunkan kami Ya Allah..kami lalai dengan nikmat dunia sehingga terlupa nikmat akhirat yang selamanya...bantu kami Ya Allah,,ampunkan kami......=((
Read more >>

STRESS DAN iSLAM

0 comments
Allah menguji manusia dengan segala macam ujian..namun,, ia bukanlah menunjukkan bahawa Allah itu bersifat kejam..pemurahnya Allah,,Dia mengutuskan ujian buat hamba-hambaNya tanda kasih dan sayangNya kepada hamba-hambaNya...bagi individu itu sendiri, seorang muslim yang cemerlang adalah muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dengan baik tidak kira apa jua masalahnya seperti kerja, kesihatan, keluarga, masyarakat dan negara.. sejauh mana tekanan itu berjaya ditangani, semakin besarlah ganjarannya di sisi Allah.. iman juga akan bertambah dan berkurang dengan tekanan-tekanan yang datang dan pergi.. SubhanAllah,,sungguh pemurah Allah S.W.T,, tidak memberikan ujian sia-sia sahaja sebaliknya menghadiahkan pula ganjaran-ganjaran seiring ujian tersebut....

Islam menggariskan beberapa tips untuk menangani stress.. jadi,,bolehlah diamalkan oleh sesiapa sahaja..InsyaAllah,,kesannya amat mujarab..=)

1. membaca Al-Quran dan mentadabbur maknanya.
Al-Quran merupakan syifa' yakni penawar kepada setiap penyakit..termasuklah penyakit hati ini yakni stress...

2. memperbanyakkan taubat & istighfar.
kelebihan istighfar bukan sahaja boleh memberi ketenangan kepada hati bahkan orang2 yg suka beristighfar amat disukai oleh Allah..Malaikat juga turut sama mendoakan org2 yg suka beristighfar..istighfar juga merupakan medium pelepasan Allah terhadap semua masalah. orang yg selalu beristighfar juha akan dimurahkan rezaki dan ditinggikan kedudukannya di sisi Allah.
- fatwa Dr Yusof Al-Qardawi-

3. taqarrub ( mendekatkan diri kepada Allah )
dengan cara : qiamullail yakni bangun di tengah2 malam untuk meninggalkan kenikmatan tidur malam dan beribadat serta mewakafkan diri kepada Allah.. berzikir juga amat digalakkan..
"bukankah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang" ( Al-Ra'du ayat 28 )

4. banyakkan bersedekah.
salah satu perkara yang menyebabkan jiwa sentiasa tertekan & tidak tenang adalah harta. orang yg kedekut sentiasa disempitkan oleh Allah dengan hati dan akhlaknya kerana mereka bakhil dengan kurniaan Allah..

5. bijak mengurus
seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yg ada. bahkan Allah teleh mengingatkan kita tentang beban kerja dan tanggungjawab itu mestilah sepadan dengan tanggungjawab kita..jadi,,andai rasa x mampu,,usahlah diambil sesuatu tugas itu..=)

6. bersangka baik ( husnu dzan ) dengan Allah.
seorang muslim yg baik hendaklah berbicara dan bergantung harap kepada Allah dengan sebenar2 pergantungan..sekiranya Allah menguji kita, anggaplah itu suatu hikmah yang Allah sembunyikan ganjarannya..

7. tawakkal..
berserah kepada Allah iaitu setelah melakukan semua usaha. tawakkal pula hendaklah dengan sebenar2 tawakkal yakni menyerahkan segala buruk dan baik kepada Allah..sekiranya baik natijahnya, maka bersyukurlah..namun,,andai tidak,,redhalah...kerana Allah tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya...=)

diolah dari ; majalah SOLUSI isu 11 2009...
Read more >>

PENGENALAN

0 comments



“Di dunia ini, dari banyaknya jumlah manusia, hanya sedikit saja dari mereka yang sedar. Dan dari sedikit yang sedar itu, hanya sedikit saja yang ber-Islam. Dari mereka yang ber-Islam, jauh lebih sedikit yang berjuang. Dari sedikit yang berjuang, jauh lebih sedikt yang bersabar. Dan dari sedikit yang bersabar itu, hanya sedikit sahaja dari mereka yang sampai ke akhir perjalanan”.

Hassan Al-Banna

Read more >>

Thursday, January 1, 2009

Saat Cinta Bertasbih

0 comments
Penulis bernama Mohamad Muhaimin bin Haji Mohamad Zaki.

Dididik dan dibesarkan dalam suasana asuhan beragama dari datuk dan neneknya serta ibu bapanya dalam suasana desa yang tenang dan damai,Kampung Tasek Junjung..

Mendapat pendidikkan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, seterusnya melanjutkan pelajaran di negeri lembayung Sunnah Wal Jamaah, Perlis Indera Kayangan iaitu di Al Madarasah Al Alawwiyah Ad Diniah, Bandar Di Raja Arau, Perlis..

Seterusnya melanjutkan pengajian di bumi serambi Mekah, Kelantan Darul Naim di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri.Mendapat tawaran untung melanjutkan pelajaran dalam bidang Asasi di Universiti Malaya serta Degree in Islamic and International Law di Damascus Universiti, Damsyik, Siria.

Kerana minatnya yang mendalam dalam profesion perguruan, dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur serta secara sambilan di Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Sik , Kedah Darul Aman dalam mendalami kitab-kitab thuras (tua).

Aktif dalam bidang kokorikulum dan persatuan .Bermula di peringkat sekolah sebagai Exco Badan Pengawas Sekolah, Presiden Kelab PROSTAR sekolah, Pengerusi Kelab Pengguna Sekolah, Pengerusi Lajnah Tahfiz sekolah, seterusnya diamanahkan sebagai Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah di Pusat Bahasa Arab..

Meneruskan khidmat sebagai Exco Agama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.. Kini memegang amanah sebagai Pengerusi (Pelajar) Surau At Taqwa..

Pernah mendapat tempat pertama Peraduan Menulis Esei Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2003 serta mendapat tempat pertama Anugerah Citra Emas (Kepimpinan) IPBMM pada tahun 2007.

Selain pelajar ijazah sepenuh masa, penulis juga bertugas sebagai editor di Jundi Resources, guru tuisyen dan aktif menyampai motivasi serta bengkel smart solat di bawah naungan beberapa konsultant di ibu negara dan Johor Bahru...

Penulis berharap dapat melanjutkan pelajaran sehingga peringkat doktor falsafah (PhD) serta..Bercita-cita untuk menjadi intelektual Muslim serta Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Penulis boleh dihubungi melalui
Email : ustaz_min@yahoo.com.my
Laman Blog : http://cikgumuhaiminzaki .blogspot.com.
Read more >>

Jaringan Perbankan

 

Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Touch up by Mohd Syahiran