FEWWIT : Seminar Muslim Super (SMS)
www.iLuvislam.com
Event Team Malaysia iLuvislam.com
Editor : Im Koyube
www.iLuvislam.com
Event Team Malaysia iLuvislam.com
Editor : Im Koyube
FEWWIT datang lagi, dan kali ini ia berupa sebuah seminar menarik dan mesti dihadiri oleh semua Muslim!
iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia membawakan kepada anda Seminar Muslim Super (SMS).
Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT) merupakan program berkala iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) melalui tabloid iLuvislam dan Majalah i.
Bertemakan ‘Muslim Hebat, Islam Mantap‘, seminar ini bertujuan untuk membuka minda peserta untuk menguasai bukan hanya dalam bidang akademik malahan lebih jauh dari itu, mampu mengaplikasikan kehebatan Muslim dalam aspek kerjaya dan kehidupan, yang seterusnya membawa kegemilangan buat Islam.

Seminar ini merangkumi 3 slot perbentangan kertas kerja, yang akan dibentangkan oleh 3 orang tokoh dalam bidang masing-masing, serta Penulis buku Muslim Super sendiri.
1. Slot Akademik
Tajuk Pembentangan : Membentuk Inteligensia Cakna
Oleh : Dato' Saifuddin Abdullah
- Merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2
- Ahli Parlimen Temerloh
- Pernah menjadi kolumnis Berita Harian
- Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya.
2. Slot Profesional
Tajuk Pembentangan : Menjana Fikrah Muslim Profesional
Oleh : En. Norden Mohamed
- Merupakan Group Managing Editor Akhbar Harian, Sinar Harian
- Bekas Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd.
- Business Advisor untuk Malaysian Business Advisor
- Bekas Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
- Berpengalaman sebagai pegawai latihan Kementerian Tanah & Kemajuan Wilayah
3. Slot Ekonomi
Tajuk Pembentangan : Infak dan Impak
Oleh : Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
- President dan Chief Executive Officer (CEO) Johor Corporation (JCorp)
- Pengasas Jihad Bisnes
- Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
- Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad
4. Penggulungan
Tajuk Pembentangan : Muslim Super Sebenar
Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin
- Penulis buku best seller "Minda Muslim Super"
- Pengarah Urusan syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd.
- Pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden.
- Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang (1992-2001)
0 comments:
Post a Comment