
MESKIPUN sibuk dengan persiapan menjelang Piala Thomas bulan depan, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sempat meluangkan masa untuk menghadiri klinik kejurulatihan badminton 100Plus di Subang jaya semalam.
Chong Wei yang juga duta 100Plus bersama-sama jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan hampir 100 pelajar bawah 16 tahun di sekitar Subang.
Ini merupakan siri pertama daripada empat siri jelajah kejurulatihan di seluruh negara yang telah dirancang oleh 100Plus.
"Ketika saya membesar di Pulau Pinang, saya sangat meminati beberapa pemain kebangsaan tetapi saya tidak berpeluang untuk mendapatkan petua daripada mereka," kata Chong Wei yang baru sahaja menjuarai kejohanan berprestij Seluruh England bulan lepas.
"Saya suka berhubungan dengan kanak-kanak dan daripada sambutan yang kita lihat hari ini (semalam), sukan juga dapat merealisasikan konsep 1Malaysia," tambahnya.
Klinik yang dihadiri peserta berbilang kaum itu turut dihadiri Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun.
0 comments:
Post a Comment