|
Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata surat tersebut akan dihantar kepada tokoh agama itu selewat-lewatnya minggu depan.
![]() |
Setakat ini, kata Nurhamizah, JAIS juga belum menerima sebarang aduan orang ramai mengenai 'upacara' tersebut.
Isnin lalu, Dr Mohd Asri menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa upacara tersebut membabitkan seorang tokoh agama yang "bertauliah dan berjawatan" di Selangor.
Dalam upacara tersebut, tulisnya, mereka yang menghadiri kuliah di sebuah masjid, disuruh berbaris dan 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat, yang dimasukkan ke dalam mulut mereka "untuk mendapatkan keberkatan".
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Nurhamizah berkata, jabatan itu sedang memantau isu tersebut dan telah membuka kertas siasatan walaupun menyifatkannya sebagai "kes ini terpencil".
"Bahagian Akidah (JAIS) sudah memanjangkan perkara ini kepada bahagian penguatkuasa dan bidang tugas merekalah untuk mengeluarkan surat kepada Dr Mohd Asri.
"Datuk Mohammed Khusrin (pengarah JAIS) juga sudah memanjangkan (arahan itu) kepada bahagian penguatkuasa," katanya.
0 comments:
Post a Comment