Wednesday, April 14, 2010

Sarapan Pagi Seorang Menteri Besar.



----- Original Message -----

Mana nak cari MB macam ni..., Uniform... tetap pakai.

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.


Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan memberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak bertanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9). Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.

Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.

*MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.

Beliau kini berada di Madinah/Mekah, menunaikan Umrah.
Semoga sentiasa berada dalam Lindungan dan Rahmat Allah SWT.

Entry di atas gua up-kan dari email yang di terima, satu penghormatan daripada insan yang bertuah kerana dapat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat secara tidak sengaja semasa lawatan beliau sekeluarga ke Negeri Kelantan.



Jika ada sebarang keraguan, alamat email beliau ada disertakan di awal entry ini.


0 comments:

Post a Comment

Jaringan Perbankan

 

Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Touch up by Mohd Syahiran