Sunday, April 11, 2010

Jom bersama menjadi ahli masjid



tenang dan damainya menjadi tematu Allah seharian sehari semalam.Wahai sahabatku, sesungguhnya ketengan yang kita cari selama ini berada berhampiran dengan kita.Cuba kita bayangkan, kadangkala kita sanggup bersusah payah berjalan kaki ke pasar malam, tempat-tempat yang lain untuk bersuka ria.Ada kalanya hingga hujan lebat dan panas terik.Namun, mengapa kita amat sukar untuk melawat tempat yang suatu hari nanti akan menjadi destinasi terakhir sebelum kita ke alam kubur.Tempat itulah bernama masjid atau rumah Allah SWT.

ganjaran

Ganjaran yang besar bagi pemuda yang sentiasa hatinya melekat di masjid.Terdapat di dalam sebuah hadis, anatara tujuh golongan yang akan mendapat naungan Arasy Allah Taala di akhirat kelak.Setiap langkah kita akan mendapat ganjaran pahala, setiap debu yang melekat semasa menuju ke Rumah Allah akan menjadi pelindung dari api neraka.

muhasabah

mengapa hati initerlalu keras.Mendengar seruan azan namun masih tidak tergerak hati kemasjid.Aku insan hina Ya Allah, aku insan lemah Ya Allah, cairakanlah hati ini Ya Rabbi, aku takaut akan nerakaMu ..Jom kawan-kawan, ayuh pupuk cinta kepada Akhirat.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan Perbankan

 

Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Touch up by Mohd Syahiran